sing together =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 9 October 2011

aku ada cuma kau tak rasa

Aku tak pernah pergi jauh macam yang kau fikir.
aku tak pernah lari jauh dari hidup kau macam kau rasa.
aku ADA CUMA KAU TAK RASA.
memang, kita tak seakrab dulu.
tak duduk semeja,makan,gelak.
siapa yang tak perasan?

aku cuba sembunyikan perasaan aku.
aku cuba buatkan kite okey balik.
aku cuba untuk ikuti perjalanan sakit,getir,payah,tawa,suka,duka,jatuh bangun kau.
aku cuba nak jadi tongkat waktu kau jatuh.
aku cuba rakam saat kau ketawa.
aku cuba nak anggap kita okey.
aku cuba setiap kali.
setiap kali,bukan sekali!
hampir berjuta kali.


tapi, setiap kali aku cuba, aku terasa, aku sakit.
aku terasa yang aku tak diperlukan.
aku terasa aku tak dihiraukan.
aku jadi hilang mood.
sbb tu aku hanya mampu jadi pemerhati dr jauh.
hanya mampu mencuri dgr cerita kau dr jauh.
hanya mampu tersenyum tgk kau ketawa dr jauh.
dan hanya mampu menangis dr jauh.
aku cemburu, mereka tahu cerita kau.
aku cemburu, mereka ketawa dengan kau.
aku cemburu mereka pujuk kau.
dan aku sedar aku pemerhati :)
aku tahu, kau juga sakit.

b,
aku takut nak tegur kau.
aku malu nak cakap dgn kau.
aku rasa lain nak bergurau dgn kau.
aku serba salah nak mesej atau call kau.
sebab respon kau macam tak suka.
sbb tu aku diamkan diri.
sbb tu aku pendamkan perasaan.
sbb tu aku bawa diri.
dan sbb tu aku putuskan untuk berjalan sendiri bersama dia.

aku masih berharap kita akan seperti dulu.
aku tetap berdoa kita sahabat sampai 'sana'.
aku nk kau tahu, aku sayangkn kau, dia, dan dia.
semuanya penting dalam hidup aku.
aku rindu kau, sahabat.

6 comments: