sing together =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 3 May 2012

AKU BUKAN AHLI POLITIK

Jujur, aku bukan arif tentang politik. Apatah lagi aku bukan dari golongan yang berkaitan dengan politik. Aku cuma manusia yang dikurniakan oleh Allah akal fikiran untuk berfikir dengan waras. Aku dididik oleh ibu dan ayah aku untuk menilai. Walaupun aku sedar, selalu aku ni salah menilai. Tapi kali ini aku yakin dengan penilaian aku.

Aku bukan menyebelahi sesiapa. Aku bukan nak sokong sesiapa. Tapi, cuba kau bayangkan segalanya kau boleh dapat secara PERCUMA. Macamana kau nak generate duit untuk kau invest demi memajukan negara yang tercinta ini? Macamana nak hulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan? Macamana nak bagi gaji kat pekerja-pekerja swasta dan kerajaan? Tak cukup ke selama ni, kerajaan bagi yuran sekolah percuma? Tak cukup ke selama ni, kerajaan bayar gaji pendidik untuk didik anak bangsa kita? Tak cukup ke pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan, BR1M? Tak cukup ke selama ini, kerajaan bayar gaji polis,askar, tentera untuk menjaga keamanan negara kita? Tak cukup ke jasa polis, askar, tentera yang sanggup mengambil risiko, bergadai nyawa untuk memastikan keamanan negara? Tol, taxes dan interest tu semua nak rotate untuk kegunaan kita jugak weyh. Kalau ada bencana alam, pandai minta bantuan kerajaan. Bila ada kecurian, romapakan, tahu nak report kat polis suruh buat siasatan.Tapi bila time senang, tak mengenang budi langsung! Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Dan jangan hanya nampak buruk orang jee. BUKA MATA WAHAI MELAYU. Melayu ni, cepat sangat melatah laaa. Jangan buta kerana harta yang belum tentu milik kita. Celikkan mata tu, jangan semua nak FREE je. Madah nak FREE duduk kat PLUTO, nak ? Aku memang tak ambik port pasal BERSIH ni. Yang aku tahu BERSIHkan  rumah BERSIHkan kereta adalah. Yang lain aku tak ambik port. Tapi, bila aku tertengok kat youtube pasal benda alah ni, aku mula lah naik darah. Ingat sikit-sikit je. Rupanya.... HAMBOOOIII melampau pulak orang melayu ni. Memang tak salah lah Tun DR Mahathir Muhammad bekas perdana menteri kita cakap "MELAYU MUDAH LUPA''. Wahai orang melayu, sedarlah... Siapa yang selama ni memastikan ORANG MELAYU MENDAPAT HAK SEBAGAI PEMILIK ASAL TANAH ni? Jangan sampai orang melayu dengan orang bangsa lain dapat hak yang sama. Jangan sampai pemerintahan negara kita dipimpin oleh orang bukan melayu. Sebaik-baik bangsa lain adalah sejahat-jahat orang melayu. Contoh macam kelayakkan universiti, ORANG MELAYU DAPAT KEUTAMAAN. Tapi kalau dah sama hak, memang takda lah orang melayu kat U. Kalau ada pun boleh kira pakai jari ! Jangan tahu nak memberontak. Jangan tahu menilai indahnya janji-janji dimulut. Sedih aku tengok orang Melayu yang lupa diri. Kalau betul pun taknak sokong kerajaan, bukan dengan cara lakukan perhimpunan haram, rusuhan. Allah tu ada. Allah tahu apa yang terbaik. Tugas sebagai rakyat, hanyalah lakukan tanggungjawab mengundi, memilih pemimpin yang betul, bukan memberontak, buat rusuhan. Kalau rasa dah cukup matang untuk pilih pemimpin, lakukan perkara yang matang bukan sebaliknya. Yang paling penting, ikut undang-undang. JANGAN CEDERAKAN ORANG. KALAU TAK TAHU SIAPA YANG TERBAIK MEMIMPIN, TAKPAYAH MENGUDI. KALAU MENGUDI ORANG YANG BETUL TAKPA, NI MENGUDI ORANG YANG ENTAH APA-APA. Takut nanti negara tergadai.

I LOVE MALAYSIA :)
#walaupun, "ish, panasnya Malaysia!"

Thursday 5 April 2012

TAK SEMUA ORANG SUKA KITA

Terima kasih kepada eka. Ni ayat awk :)

Makin jauh aku jalan, makin ramai pulak orang yang TAK SUKA aku. Nampaknya aku kena kurang meluaskan pemandangan aku yang dah sedia sempit ini. Manusia memang tak pernah nak mengaku kesilapan diri. Kalau yang nak mengaku tu pun ada lah satu daripada DUA PULUH orang. Baling batu sembunyi tangan lah kiranya. Aku pun pernahlah jugak cuba baling batu sempbunyi tangan tapi FAILED. Sure kantoi. Tapi kali ni aku bukan nak sembunyi tangan, cuma aku betul-betul tak jumpa apa salah aku ! Apa dowhh salah aku kat kau ? Aku memang takde kut nak cari masalah dengan kau. Aku buat baik lagi dekat kau ada lah. Tapi pehal hah ? Apsal kau buat aku macamni ? Aku anggap kau macam adik kandung aku lah siuuuut ! Kau nie messykan kepala otak aku lah perempuan ! Hurgh, baget kau dah bagus sangat lah tu ? ok, teruskan. Jangan dah jatuh baru nak merengek-rengek.

Astaghfirullahalazim....
Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Aku je yang tak sedar. Aku je yang tak boleh terima dengan redha. Tak semua orang sempurna seperti yang kita harapkan. Maybe aku tak sempurna macam yang kau harapkan. So, aku kena lah ubah diri aku untuk menjadi yang lebih sempurna, kan ? MACAM KAU ! SEMPURNA ! =) Dan mungkin aku juga perlu menjauhkan diri dari kau yang SEMPURNA. Dan mendekati orang yang SUPERB SEMPURNA.

Terima kasih juga kerana memberi aku petunjuk yang KAU TAK SUKA AKU. So, aku tak perlulah SUKA KAU atau berpura-pura SUKA KAU. Tak perlulah jaga hati kau sebab kau pun bukanya jaga hati aku pun adooiii. Dan tak perlulah aku berbuat baik dengan kau. Kau pun jangan lah nak buat baik dengan aku sebab aku dah naik meluat! BUAT BAIK, BAGI TAIK ! Bukan nak mengungkit. TAPI ! Manusia tak tahu bersyukur agaknya. Lantak kau lah. Kau bukan darah daging aku pun. Sikit pun tak luak. =P

Kau teruskan lah hidup kau yang seperti syurga ciptaan kau tu. Takda kau, aku tak mati pun lah. AKU TAKKAN PEDULIKAN KAU LAGI  :)
TERIMA KASIH

Sunday 5 February 2012

yana shamsudin

"Hidup umpama roda yang takkan pernah penat untuk berpusing dan jangan pernahlah berharap untuk ianya berhenti membuat pusingan. Pusingan itu untuk membuktikan Allah itu maha adil. Tak semua yang senang itu akan terus senang. Dan tak semua yang berjaya itu akn terus berjaya jika dia berhenti berusaha. :) "

Nur Aishah Dianah, berhenti bermimpi untuk berada di atas kerana anda sekarang sedang berada di bawah. Stop dreaming. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. Usaha yang sangat tidak mencukupi sedangkan orang lain berguling-guling, muntah-muntah, rabak mata mentela'ah pelajaran. Kau masih dengan dunia kau yang tak seindah mana. Dunia kau penuh dengan cabaran yang kau sendiri cari. Kau yang pilih untuk berada seperti sekarang. Berhenti menunding jari walaupun satu ke arah orang lain.

20 tahun
belum cukup untuk mematangkan
masih bertatih untuk mencari personaliti hidup
masih meraba - raba dengan ego
kadang tersungkur dek khilaf sendiri
berhentilah bermimpi
buangkan dongeng yang kau cipta sendiri
teruslah ke depan
mimpi yang nyata ada jika usahanya ada
mantapkan lah jati dirimu
matangkanlah dirimu
tiada apa yang mustahil


Belum terlambat untuk mengubah segalanya, dan takkan ada sesiapa yang boleh mengubah kecuali diri sendiri. LOOK FOWARD, terkadang, jengahlah kebelakang semoga kau takkan ulang kesilapan yang lampau. Tapi, JANGAN SESEKALI PANDANG KEBELAKANG ATAU BERPUSING apatah lagi BERPATAH BALIK. Percaya pada diri, you can do it better.