sing together =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 8 May 2011

Kalaulah Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya

copy paste: sue nyer blog :)

Saturday 7 May 2011

HERE THEY ARE

esok hari IBU
lusa birthday AMMAR.
28/5 birtday EKA.

selama nie MEREKA hanya bernaung dibelakang tabir saja. tak pernah sekali pn aku show muka MEREKA. terutamanya family aku. bukan aku malu. aku bersyukur ada family dan sahabat mcm MEREKA. selagi MEREKA ada dengan aku. segalanya lengkap bg aku. :)

FIRSTLY,

 okey, ini lah yang ibu dan ayahku yang tercinta :)
kalau takde dyorang nie, aku takde lah kat muka bumi ni. diorang nie lah yang mmbesarkan aku dr aku sebesar tapak tangan. sampai lah aku lebih tinggi dr ibu aku sendiri. tp dengan ayah aku, aku tak boleh nak lawan lah. ayah aku tinggi byk. dyorang lah yg banyak berjasa dgn aku, yang tak mungkin  mampu untuk aku balas jasa dyorang. 
SETINGGI2 PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU, AYAH DAN IBU 
I LOVE BOTH OF YOU, PN RAHMAH & EN MOHD SHAMSUDIN.

yang nie pulak adik aku yang last sekali. anak bongsu lah katakan. tu yang muke pun menggedik je baget2 comel. haha. even dye nie bdn besar na'uzubillah. tp,dalam hati dye ade taman woo. aku sayang giler kat dye nie.kalau boleh, taknak bg dye besar. biar dye jd baby je. manje dgn aku. tp mustahil je. umur dye makin meningkat. bdn dye pun dah kalahkan aku.
anyway, AMMAR, I LOVE YOU.

yang ini, adik yang paling gedik dalam rumah. haha. sikit2 nak uweeek3. umur dah besar panjang. asyik nak menanges je. tinggi dah sama dgn aku. berat dah nak potong aku. tp perangai mcm bdk2 ( aku ckp depan cermin sebenarnye ). geram aku. tp dye nie lah tempat aku melepaskan gian membuli. :D kesian dye.
NABILAH, sorry ye. but I LOVE YOU <3

SECONDLY,
nie lah SHINE aku :) EKA.
EKA nie lah yang aku selalu story. haha. aku rapat dgn dye since minggu MDS lg. ibu aku yang kenen2 kan aku dgn dye. so, smpai sekarang, she is my bestfriend. yang shawl coklet tu, aku. haha. blagak kan muka aku? ;) EKA yang purple. baik je. cantik..baik..pandai..lemah lembut...tp tak pernah berlagak. dats y aku salute!

next, YAYA :) she is also my SHINE 
haha. budak nie gila pandai. tp PENTOL! sengal2 ubi.. dye nie aku tak rapat sgt tyme MDS tu. tp, sbb kami 1 course, 1 bilik plak tu. lama2 jd sgt2 lah rapat sampai sekarang. yaya nie pandai...penyabar..manis orangnye..baik hati..alim.. byk lah. tp dye sama mcm EKA. takde berlagak woo. tabikk!! YAYA yg spect tu. sbelah nye, aku. :) aku mmg suka mencapap. haha

LAST BUT NOT LEAST,
RAFIE :)
haha. dye turut bernaung dalam hidup aku. panggilan asal DRAKULA KECHIL. kwn biasa yang bertukar menjadi sahabat dan tibe2... oopsss. aku terjatuh! dye sum1 yang funny..kacak dimataku..tegas..bertanggungjwb..suka tolong org..kire mcm baik hati lah..tp PEMALAS GILER dan KUAT PERASAN(mcm mintak pelempang)! :P sorry kutuk hang :D apapun org cakap tentang dia. aku tahu siapa dia.

so......mereka ini lah yang ada dengan aku susah dan senang aku. gila atau sakitnya aku. jatuh bangunnya aku. mereka tak pernah pergi dr hidup aku. mereka sentiasa ada. bg aku dorongan, semangat! aku bahagia ada mereka sebagai peneman aku dikala sunyi dan gembira. dan aku tak sanggup untuk kehilangan SATU pun antara mereka. sebab mereka PELENGKAP HIDUP AKU. 
TERIMA KASIH, KALIAN. I LOVE ALL OF YOU.

Wednesday 4 May 2011

hari pekerja bagi aku

1 MAY 2011
FINAL mood ~.~''
dah habis untuk sem yang kedua :) syukur alhamdulillah. pelbagai dugaan dan rintangan yg terpaksa dilalui semasa final, tamat setakat ini :D (senyuman sampai gigi aku bg)
                                       
                                       
            katakan TIDAK pada situasi di atas

disebalik kebahagiaan dan kegirangan yang aku nanti2. satu benda berlaku :/ astaghfirullahalazim. aku masih rasa semua ni mimpi. sebelum aku masuk dewan, untuk menghadapi peperiksaan kertas akhir. aku dapat call dr senior aku, dia pinjam kereta aku beberapa minit lepas. excident !! YA ALLAH, aku tak boleh nak jwb paper kali ni. aku tak taw nak jwb ape kat parent aku. arggh ! sangat2 tertekan! kereta yg aku bwk baru berapa hari. Ya ALLAH, beri aku kekuatan :(

nie cik putih saya SEBELUM excident. dia cantik!    
                                       
SELEPAS excident ! hargh! baby akuuuuuu ! :(


tgk lah tu jatuh bumber depan baby aku !

aku bg tgk lg dekat. teruk kan ? :(



sedeyh kan rupa dye :/ hancur bahagian hati dia yg buat dia hidup. mcmtu jgk hati aku :(

tempat aku sumbat barang pn jd mcmtu. teruk betul lah !

sebelah kiri je nmpk mcm okey sikit.

semua ni jd pengajaran untuk aku. supaya JANGAN percaya mereka2 yg aku tak tgk sendiri cara pemanduan mereka. korang pn kena ambik pengajaran nie. sorry, lepas ni KALAU aku bwk kete lg. KAU TAK BOLEH PINJAM! bukan aku kedekut. tp aku ni yg kena hadapi semua nie. dah 3 hari aku tak tegur dgn ayah aku sbb kan kerete ni. hurgh sungguh stress :/ . anyway, thanx a lot to my dear2 RAFIE, YAYA dan EKA. mereka lah yang ade dgn aku saat aku susah mcmnie. senang pn MEREKA ADA! love all of you a lot. nnt aku tumpang kereta kalian je lah, ae? ayah aku dah gari. no more bwk kereta ke JB :( . so sad :'(

apapun, aku tahu. ada hikmah disebalik semua nie. so, aku tak salahkan takdir. aku tahu, Allah tahu apa yang Dia buat. Allah takkan uji hambaNya jika hambaNya tidak kuat untuk hadapi. now, aku hadapi dugaan nie. Allah yg bg aku dugaan nie. oleh itu, aku tahu, yg aku KUAT! yana minta maaf AYAH, IBU. yana tak sengaja. :(

to YAYA : thanx teman aku sampi ke rumah. tidur rumah aku bagai. lama pulak tu. aku harap kau tak kesah.  
                  dan aku mintak maaf lah sebb kat rumah aku nie, byk kekurangan. law layanan tak okey, aku 
                  harap kau tak serik dtg rumah aku dan TIDUR rumah aku lg. :)
to EKA : thanx sbb awk sanggup tunggu smpai semua nye settle. thanx jgk sbb toupkan sy. byk plak tu :) 
               thanx sbb bg semangat dan tenangkan sy. sorry tak dpt bwk awk g tmpt kejadian. nak cepat sgt.
               maaf, eka. nnt awk pn kena TIDUR rumah sy dgn yaya taw :)
to RAFIE : huhu :) thanx again darl. sbb sanggup pinjam kete kwn awk. bwk g umh aunty awk tu, pinjam
                  kete kwn awk lg 1 untuk bwk sy yg lapar ni. thanx sbb tolong ckp dgn ayah, smpai awk yg kena 
                  marah. thanx sgt2 for everything. sorry buat awk merajuk dats day. sy tak sgaje.