sing together =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 5 February 2012

yana shamsudin

"Hidup umpama roda yang takkan pernah penat untuk berpusing dan jangan pernahlah berharap untuk ianya berhenti membuat pusingan. Pusingan itu untuk membuktikan Allah itu maha adil. Tak semua yang senang itu akan terus senang. Dan tak semua yang berjaya itu akn terus berjaya jika dia berhenti berusaha. :) "

Nur Aishah Dianah, berhenti bermimpi untuk berada di atas kerana anda sekarang sedang berada di bawah. Stop dreaming. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. Usaha yang sangat tidak mencukupi sedangkan orang lain berguling-guling, muntah-muntah, rabak mata mentela'ah pelajaran. Kau masih dengan dunia kau yang tak seindah mana. Dunia kau penuh dengan cabaran yang kau sendiri cari. Kau yang pilih untuk berada seperti sekarang. Berhenti menunding jari walaupun satu ke arah orang lain.

20 tahun
belum cukup untuk mematangkan
masih bertatih untuk mencari personaliti hidup
masih meraba - raba dengan ego
kadang tersungkur dek khilaf sendiri
berhentilah bermimpi
buangkan dongeng yang kau cipta sendiri
teruslah ke depan
mimpi yang nyata ada jika usahanya ada
mantapkan lah jati dirimu
matangkanlah dirimu
tiada apa yang mustahil


Belum terlambat untuk mengubah segalanya, dan takkan ada sesiapa yang boleh mengubah kecuali diri sendiri. LOOK FOWARD, terkadang, jengahlah kebelakang semoga kau takkan ulang kesilapan yang lampau. Tapi, JANGAN SESEKALI PANDANG KEBELAKANG ATAU BERPUSING apatah lagi BERPATAH BALIK. Percaya pada diri, you can do it better.

No comments:

Post a Comment