sing together =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 3 May 2012

AKU BUKAN AHLI POLITIK

Jujur, aku bukan arif tentang politik. Apatah lagi aku bukan dari golongan yang berkaitan dengan politik. Aku cuma manusia yang dikurniakan oleh Allah akal fikiran untuk berfikir dengan waras. Aku dididik oleh ibu dan ayah aku untuk menilai. Walaupun aku sedar, selalu aku ni salah menilai. Tapi kali ini aku yakin dengan penilaian aku.

Aku bukan menyebelahi sesiapa. Aku bukan nak sokong sesiapa. Tapi, cuba kau bayangkan segalanya kau boleh dapat secara PERCUMA. Macamana kau nak generate duit untuk kau invest demi memajukan negara yang tercinta ini? Macamana nak hulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan? Macamana nak bagi gaji kat pekerja-pekerja swasta dan kerajaan? Tak cukup ke selama ni, kerajaan bagi yuran sekolah percuma? Tak cukup ke selama ni, kerajaan bayar gaji pendidik untuk didik anak bangsa kita? Tak cukup ke pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan, BR1M? Tak cukup ke selama ini, kerajaan bayar gaji polis,askar, tentera untuk menjaga keamanan negara kita? Tak cukup ke jasa polis, askar, tentera yang sanggup mengambil risiko, bergadai nyawa untuk memastikan keamanan negara? Tol, taxes dan interest tu semua nak rotate untuk kegunaan kita jugak weyh. Kalau ada bencana alam, pandai minta bantuan kerajaan. Bila ada kecurian, romapakan, tahu nak report kat polis suruh buat siasatan.Tapi bila time senang, tak mengenang budi langsung! Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Dan jangan hanya nampak buruk orang jee. BUKA MATA WAHAI MELAYU. Melayu ni, cepat sangat melatah laaa. Jangan buta kerana harta yang belum tentu milik kita. Celikkan mata tu, jangan semua nak FREE je. Madah nak FREE duduk kat PLUTO, nak ? Aku memang tak ambik port pasal BERSIH ni. Yang aku tahu BERSIHkan  rumah BERSIHkan kereta adalah. Yang lain aku tak ambik port. Tapi, bila aku tertengok kat youtube pasal benda alah ni, aku mula lah naik darah. Ingat sikit-sikit je. Rupanya.... HAMBOOOIII melampau pulak orang melayu ni. Memang tak salah lah Tun DR Mahathir Muhammad bekas perdana menteri kita cakap "MELAYU MUDAH LUPA''. Wahai orang melayu, sedarlah... Siapa yang selama ni memastikan ORANG MELAYU MENDAPAT HAK SEBAGAI PEMILIK ASAL TANAH ni? Jangan sampai orang melayu dengan orang bangsa lain dapat hak yang sama. Jangan sampai pemerintahan negara kita dipimpin oleh orang bukan melayu. Sebaik-baik bangsa lain adalah sejahat-jahat orang melayu. Contoh macam kelayakkan universiti, ORANG MELAYU DAPAT KEUTAMAAN. Tapi kalau dah sama hak, memang takda lah orang melayu kat U. Kalau ada pun boleh kira pakai jari ! Jangan tahu nak memberontak. Jangan tahu menilai indahnya janji-janji dimulut. Sedih aku tengok orang Melayu yang lupa diri. Kalau betul pun taknak sokong kerajaan, bukan dengan cara lakukan perhimpunan haram, rusuhan. Allah tu ada. Allah tahu apa yang terbaik. Tugas sebagai rakyat, hanyalah lakukan tanggungjawab mengundi, memilih pemimpin yang betul, bukan memberontak, buat rusuhan. Kalau rasa dah cukup matang untuk pilih pemimpin, lakukan perkara yang matang bukan sebaliknya. Yang paling penting, ikut undang-undang. JANGAN CEDERAKAN ORANG. KALAU TAK TAHU SIAPA YANG TERBAIK MEMIMPIN, TAKPAYAH MENGUDI. KALAU MENGUDI ORANG YANG BETUL TAKPA, NI MENGUDI ORANG YANG ENTAH APA-APA. Takut nanti negara tergadai.

I LOVE MALAYSIA :)
#walaupun, "ish, panasnya Malaysia!"

No comments:

Post a Comment