sing together =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 2 November 2011

yes, i'm PROUD TO BE YOURS!

im proud to be yours !

Hari aku hitung dengan penuh berhati-hati. Kalau boleh jangan ada sikit pun kesilapan. Aku taknak menyesal nanti. Pergerakan kau, aku perhati dan kadang-kadang aku kawal. Bukan kerana aku mengongkong. Tp sbb aku inginkan yang terbaik untuk kita. Mungkin terkadang kau rimas dengan tingkahku. Tp itulah aku. Perhatian kau menjadi buruan aku sehinggakan aku rasa kau ckup muak dgn perilaku ku yang seumpama ank2 kecil menangis meminta perhatian. Tp itulah aku. Bukan paras rupa yang aku kejarkan. Bukan harta yg aku impikan. Bukan pangkat atau darjat yang aku cari. Aku wanita biasa dan inginkan hidup bahagia walaupun dgn harta yg sederhana. (ok, ckup lah jiwang untuk b sampai situ)

let's begin. lebih setaun dah aku kenal mamat yg kat atas tu..aku tahu ada je org wlaupun 1 kat luar sana bwk cerita pasal kami. Sibuk ckp pasal kami. ingat, korang tak tahu pn cerita sebenar. so jgn bwk mulut! jaga tepi kain sendiri. kalau nak taw sgt, meh tanye aku. aku jwb scara LIVE! statement yg aku paling tak suka, "jumpa hari2.lama2 bosan!" ok. yg ckp mcmtu, kau pn kalau boleh nak jumpe hari2 kan? dapat tak dapat je,kan ?! so, kau jelez?!! lgpn, nnt dah kahwin, jumpe hari2 kan ? kau bosan ke ? aku TAK! stop lah menyibuk pasal org. stop lah mengata, mengumpat, mereka2 cerita pasal org lain. bg mulut korang tu rehat sikit,k.mulut pn taw penat jgk, taw. :P

Berbalik pada tajuk di atas. Yess! owg bangga jd milik awk,MOHAMAD RAFIE. setiap manusia di ciptakan Allah mempunyai kekurangan and kelebihan yang tersendiri. Takde sape yang sempurna kan?? kan ? owg harap awk terima segala kekurangan yg ade pd owg. Tp owg nak awk tahu, owg akan cuba yang terbaik untuk jd yang terbaik untuk awk. Dan owg nak awk tahu, yg owg terima awk, seadanya awk. Owg bahagia dengan awk. Memang, memang terlalu banyak dugaan yang kite terima. Tp owg harap, dugaan2 yg dtg mengeratkan lg hubungan kite,ye. Biar dugaan sebesar mana pn menimpa, biar ape pn carabaran yg terpaksa kita tempuh, kita tetap bersama-sama menghadapinya..Semoga, hubungan nie kekal untuk selamanya sehingga kita dpt menjalin ikatan yang sah di sisi Allah, insyaAllah.Amin. Dan semoga Allah berikan yg terbaik untuk kita semua. Aminnn. Manusia hanya merancang dan Allah yang menetukan semuanya.

*tak lama lg, result kita, kuar. hopefully, semuanya dapat keputusan yang cemerlang. amin.
to rafie, yaya, eka and all UiTM student campus JB akan dapat keputusan yg cemerlang dan semoga hari2 yg kita bakal jalani semakin baik berbanding hari2 kelmarin. InsyaAllah Amin. :)
miss and love u all like crazy! ;)


Sunday, 9 October 2011

aku ada cuma kau tak rasa

Aku tak pernah pergi jauh macam yang kau fikir.
aku tak pernah lari jauh dari hidup kau macam kau rasa.
aku ADA CUMA KAU TAK RASA.
memang, kita tak seakrab dulu.
tak duduk semeja,makan,gelak.
siapa yang tak perasan?

aku cuba sembunyikan perasaan aku.
aku cuba buatkan kite okey balik.
aku cuba untuk ikuti perjalanan sakit,getir,payah,tawa,suka,duka,jatuh bangun kau.
aku cuba nak jadi tongkat waktu kau jatuh.
aku cuba rakam saat kau ketawa.
aku cuba nak anggap kita okey.
aku cuba setiap kali.
setiap kali,bukan sekali!
hampir berjuta kali.


tapi, setiap kali aku cuba, aku terasa, aku sakit.
aku terasa yang aku tak diperlukan.
aku terasa aku tak dihiraukan.
aku jadi hilang mood.
sbb tu aku hanya mampu jadi pemerhati dr jauh.
hanya mampu mencuri dgr cerita kau dr jauh.
hanya mampu tersenyum tgk kau ketawa dr jauh.
dan hanya mampu menangis dr jauh.
aku cemburu, mereka tahu cerita kau.
aku cemburu, mereka ketawa dengan kau.
aku cemburu mereka pujuk kau.
dan aku sedar aku pemerhati :)
aku tahu, kau juga sakit.

b,
aku takut nak tegur kau.
aku malu nak cakap dgn kau.
aku rasa lain nak bergurau dgn kau.
aku serba salah nak mesej atau call kau.
sebab respon kau macam tak suka.
sbb tu aku diamkan diri.
sbb tu aku pendamkan perasaan.
sbb tu aku bawa diri.
dan sbb tu aku putuskan untuk berjalan sendiri bersama dia.

aku masih berharap kita akan seperti dulu.
aku tetap berdoa kita sahabat sampai 'sana'.
aku nk kau tahu, aku sayangkn kau, dia, dan dia.
semuanya penting dalam hidup aku.
aku rindu kau, sahabat.

Tuesday, 13 September 2011

stop talking is better than you geting hurt'ing'
aku touching dgn kau!

Monday, 18 July 2011

awknieeeeeee!!

Sy masih tunggu awk tahu tak???! walaupun sy kecik hati dgn awk sbb tinggalkan telefon awk. Sy mesej awk tak reply, sy call org lain yg angkat. Tp sy harap awk okey saje kat sana. Sy tak pernah jauh dgn awk. Awk selalu dgn sy. Kalau cuti pn awk dekat dgn sy. Tp cuti kali ni sy rase lain sgt2. Sy tak rase mcm cuti2 yg dulu.
                     Dulu kn, awk bwk moto ke , drive kereta ke , masak ke , berak ke , awk tetap nk jgk msg dgn sy. Tp kenapa skrg dah tak? hmm.. awk, sy rindu awk.. Sumpah sy benci perasaan nie. Sbb perasaan nie boleh buatkan sy badmood sehari suntuk atau dua hari suntuk2 atau tiga hari bersuntuk-suntuk -__-" (ade ke mcmtu?) awk....sy bosan o9. Sy nak awk teman sy :( nape tinggal sy lame2? hmm. merajuk dgn awk lahhh ! hisshh dah lebih 1 jam sy tunggu awk taw tak. hmm ! menyampah !menyampah! menyampah !

Friday, 24 June 2011

JAUH jarak KAU dan AKU

lama dah aku pendam perasaan nie. nak diluah mmg sgt2 sakit. aku hanya mampu tersenyum dan teruskan ketawa walaupun hati terasa. aku tahu, aku punca semua nie. sikit pun aku tak salahkan kau. sbb aku tahu, aku yang salah. maaf kecik kan hati kau. maaf jauh dari kau. maaf takde dengan kau. tp, hanya Tuhan je yang tahu mcmane sayangnya aku kat kau. aku nak kite rapat mcm dulu. tp aku rasa mcm mustahil. aku rasa kehilangan, tp aku pendamkan. bila aku berckp dgn kau, aku nmpk perubahan kat muka kau. itu yg buatkn aku jarang dan takut nak berckp dgn kau. riak wajah yang kau tunjukkan pd aku setiap kali. mmbuatkan aku sentiasa rasa yang aku tak patut tegur kau. nnt kau marah. jadi aku lg prefer diamkan diri. bila aku cerita kau pn mcm taknak dgr. jd aku diamkan diri. bila aku tanya, kau seolah2 mcm nak marah. jd aku diamkan diri.bila aku mcg kau bgtahu apa2, kau tak reply mcg aku, jd aku tak bg mcg lg. ntah lah. kalau bab lain aku boleh terima. tp, kau antara orang yang berada di tangga teratas dalam hati dan hidup aku. jd aku terasa lain bila semua nie jd kat kite. aku rasa janggal. aku rase kekok. aku rasa pelik. aku rasa tak senang duduk. aku rasa mcm......hurghhhh! tertekan! when my phone singing a sinchan song, i hope dats u. but sumtimes, its disapointing me till i felt, `uhhh, common yana. stop hoping!` aku sayangkan aku. aku doakan yang terbaik untuk kau. aku nak tgk kau bahagia. aku nak tgk kau ketawa. dan aku nak kau tahu, aku rindukan kau. luahan aku hadir dari hati aku. khas untuk kau. hanya untuk kau sorang. seseorang yang istemewa dalam hati aku. jaga diri :)

Tuesday, 7 June 2011

Aku rasa Kau terasa

maaf, aku bukan taknak ikut korang malam nie. bukan aku tak sudi nak keluar dgn korang mlm nie. bukan aku cuma pentingkan rafie selama nie. aku tak berapa sihat. tambah pulak bila nak kelaur tak jadi. aku badmood. aku takut aku spoil mood korang. maaf lg sekali aku mintak dr korang. lgpn, aku selalu tinggal korang kat rumah. apalah salahnya kalau sekali sekala korang tinggal aku kat rumah, kan ? maaf seribu kali maaf. gudnyte. aku tdo dulu. enjoy ur day, k sayang2 :) i love you.

Sunday, 8 May 2011

Kalaulah Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya

copy paste: sue nyer blog :)